Sunday, May 8, 2011

wajah baru arnabjimi rabitry

Inilah rupa rabitry baru arnabjimi. Penghuninya terpaksalah bersesak2 sikit sementara tuannya cari modal sikit lagi utk tambah lagi sangkar baru. Reban lama dah tak boleh digunakan lagi akibat karat dan dah nak roboh. Reban yang diperbuat daripada kayu dan dawai biasa tu cuma dapat bertahan selama setahun je.hu..hu.. Perkembangan terbaru ni juga akan menyebabkan beberapa ekor arnab akan di `letgo` kerana dah tak cukup tempat..

Monday, April 18, 2011

Anak2 anak Kiki dan White umur 3 minggu


Ni gambar anak2 Kiki dan  White umur 3 minggu, sihat dan lincah. Anak2 White ni muka bulat bulu gebu, cuma tak jatuh lagi telinganyer..harap2 nanti jatuhlah telinganyer...Yg putih kat tengah tu plak anak kiki. Telinga dah jatuh (lop) mata warna biru, cantek woo.. Tunggu umur diorang ni 8 minggu baru nak di faraidkan ngan En. Zaini dan Shah Arnabkus.

Anak-anak White



Ini plak anak2 White, setelah dikahwin kontrakkan dengan arnab hensem en. Zaini bangi (makacih banyak en. Zaini). Anak2 white ni lahir selepas anak2 Kiki lahir (pada tarikh yang sama). itu pun setelah di `induce ' dengan ubat cirit sebab dah overdue 4 hari (ikut kiraan kalendar kuda...he..he..). tengok la tu punyer le besar anak2 dia.

anak-anak Kiki



Anak Kiki ni hasil perkahwinan dengan arnab Shah Arnabkus. lahir 4 ekor pada 21.3.11 yang lalu, tapi sekor mati, tinggallah 3 ekor nih.. Malangnyer sekor tu plak kena `kenan penyu'... kaki belakang terkangkang jer.. hu..hu..jalan pun macam penyu jer..

Sunday, February 13, 2011

Pencarian buck lop ear baru


Tak reti posing langsung...


baru belajar posing 


yang ni nampak ada gaya sikit

Setelah kematian Bob, terpaksalah mencari buck/jantan baru. jumpalah 3 ekor anak lop ear jantan ni yang berumur lebih kurang 2 bulan. tak tau lah dah besar nanti jadi macammana... kalau hensem aku simpan tapi kalau tak hensem aku jual .. ha..ha.. layan jer lah gambar 3 ekor nih...

Tuesday, February 1, 2011

Offer kawin kontrak

Kepada sesiapa disekitar Bangi/Putrajaya yang ada lop ear jantan yang sudi mengahwin kontrak kan arnabnya ngan  janda Bob dapatlah kiranya menghubungi saya. Terma dan syarat bolehlah dibincangkan. Dibawah ni adalah calon-calonnya:




Princess

White

Bob dalam kenangan

N3 kali ni lewat sikit sbb sibuk keje. Lagipun cerita sedih.. malas nak masuk cepat2... Ini lah ceritanya:

Bob kini hanya tinggal kenangan. Dia mati 3 minggu lalu tanpa diketahui sebab dan penyakitnya. Tapi rasa2nya cirit-birit  (tapi aku tak perasan la plak!!). Balik dari pejabat petang tu, tengok2 dah keras kejung dalam sangkar. Uhuk..uhuk.. Bob telah pergi meninggalkan 3 janda ..

Sekarang Arnab Jimi dah tak der pejantan. Semua tinggal betina jer.. tengoklah gambar terakhir Bob..

Nak jadikan cerita lebih tragis, seminggu lepas Bob mati girlfriendnya (arnab jiran dalam N3 sebelum ni) pula dijumpai mati...