Wednesday, December 29, 2010

Anak-anak white dah 1 bulan

Inilah gambar-gambar terkini anak-anak white yang dah berusia 1 bulan. Sangat sihat, tembam dan lincah.  Layan je lah gambar-gambar kar bawah ni..




Thursday, December 9, 2010

Anak White dah 16 hari

Anak-anak white dah berumur 16 hari hari ni. Setakat ni nampaknye sihat dan aktif dan dah mula makan compress alfalfa. Gambar-gambar ini diambil ketika genap 11 hari umur anak-anak White.  Pandai White jaga anak2 dia. Setakat ni dah 3 kali beranak semuanya menjadi. Dari segi warna plak cuma sekor je yang ikut Bob, yang lain tu mungkin ikut datuknya atau bapa saudara kepada bapaknya atau ikut warna ibu kepada ibunya. he..he..he.. Tengoklah anak-anak White dan Bob yang comel-comel ni.. Nanti kalau dah besar sikit, saya postkan lagi gambar mereka.


 tengah sedap tidur..

dah jaga dah...
Bila dah jaga mulalah mintak susu..

Wednesday, November 24, 2010

Kelahiran bulan November

Alhamdulillah, setelah 2 bulan arnabjimi tiada kelahiran anak arnab, pada pagi 23 November 2010 white telah  melahirkan 6 ekor anak. Nasib baiklah malam sebelumnya tersedar white ni gelisah jer sampai gigit jaring sangkarnya. Apalagi, terus letak bekas plastik dan kain buruk. Diharap anak-anak white ni membesar dengan sihat dan jadi hensem macam bapanya, Bob.Inilah gambar anak-anak white semasa berumur 1 hari.





Sunday, October 31, 2010

Kiki pindah rumah










 Kiki dah pindah rumah ke Sijangkang. Mesyuarat perpindahan dibuat di Pasar Awam Dengkil pukul 1.30 petang tadi. Mesyuarat berjaya mencapai kata sepakat dengan sepeket pelet gold coin  turut berpindah tangan buat bekalan Kiki. Kiki  yang kelihatan gembira seolah2 berkata "saya sangat teruja dengan perpindahan ini dan berharap dapat  rumah baru yang lebih canggih". He..he.., sajer jer wat lawak petang ahad ni.. Apa2 pun layan jer gambar2 kenangan kat atas ni.

Wednesday, October 27, 2010

Depa pakat mogok

Princess ni pun patutnyer dah beranak 2 hari lepas dah. Tapi tak beranak2 pun sampai ari ni. Depa pakat mogok kut!!! Tuan dia plak yang lebih2, jap-jap tengok sangkar. Siapa sebenarnyer nak beranak ni?. Nasib baik tuan dia tak bleh beranak he..he.. Breed tak jadik nampaknyer. Padahal dah letak sehari dalam sangkar buck yang hensem tuh..Tak pe lah..!! nanti kita breed lagi. Tak bleh la nak tunai janji kat Shah arnabkus, nampaknyer projek tak jadik la bro.. uhuk..uhuk.!! tengoklah gambar princess dengan gaya innocent nyer..

 posing sopan..


 close up muka innocent


tertunduk malu..he..he..

Pas ni nak cari tok guru arnab. Nak belajar camner nak nikah kawinkan arnab mengikut adat istiadat arnab..

Saturday, October 23, 2010

Doktor silap kira hari ke??



Doktor silap kira tarikh ke?? sepatutnyer dah beranak 22.10.10 lagi dah.. Muka pun macam sarat jer. melepak pun dalam `bilik bersalin' jer tapi tak kinde pun.. Mungkin tak jadi kut breed ari tu.. Tak pa.. kalau tak kindle esok, kita breed lagi minggu depan..

Thursday, October 21, 2010

Che Tam dan Nikki dah dapat tuan baru.

Tengahari tadi sebelum aku pergi bertugas keluar daerah, sempat juga aku menyerahkan Che tam dan Nikki kepada tuan baru. Che Tam ke Sungai Besi. Tuan baru dia taukeh buah-buahan di Chow Kit. Sure nanti Che Tam seronok dapat makan macam2 buah.. he..he.. jangan kembung perut sudah ... ya Che Tam!!


 Ni la posing Che Tam baik punya..



Nikki ni plak dah kena sambar ngan bro Presint 11 Putrajaya. Dia geram tengok Nikki yang tak tau duduk diam asyik nak melompat pagar jer. Semoga Nikki seronok ngan tuan  barunyer... Tapi jangan ganas2 kat rumah baru tau..!!

Semoga  tuan baru Che Tam dan Nikki gembira dengan kehadiran ahli keluarga baru  mereka.

Tuesday, October 19, 2010

Che Tam kesunyian

Sejak semalam Che  Tam kesunyian. Abang dan kakaknya dah pergi merantau bersama tuan baru.. Che Tam tak tahu nak mengadu kat siapa. Lompat sana-lompat sini cari kawan baru. kalaulah ada yang sudi membawanya pulang kerumah sudah tentu Che Tam sangat gembira. Che Tam sabar menunggu siapakah gerangan tuan barunya..Lihatlah aksi-aksi Che Tam dibawah ni... Kalau ada yang minat saya bagi diskaun..






dah letih Che Tam terlompat-lompat dan berlari-lari, akhirnya Che Tam masuk balik ke kondo.

Friday, October 15, 2010

For sale

Memandangkan sangkar dah penuh dan 2 induk  dijangka beranak minggu depan maka 3 ekor fuzzy lop yang comel dan gebu ni dibuka untuk jualan. Umur dah 2 bulan dah. Harga Rm 130 seekor (nego) Kalau berminat silalah telefon saya.



 jantan (SOLD)


 jantan (still available)


betina (SOLD)

Wednesday, October 6, 2010

Jantan macho cari tuan baru.




 
Dua-dua jantan macho ni dah cukup umur 3 bulan minggu ni. Kalau ada yang berkenan bolehlah hubungi saya
Yang putih tu RM150 (nego) yang brown ni RM180 (nego).
Saya bagi harga special pengosongan kandang. Nak jual segera sebab 2 induk dijangka due minggu ni.. Kondo dah tak muat.. hu...hu .   RM120.00  jer sekor.

Tuesday, October 5, 2010

Anak anak lop ear umur 1 bulan







Budak2 3 ekor ni baru umur 1 bulan. jantina tak kompom lagi. kita letak gambar depa bagi orang geram tengok dulu.... he..he.. bila dah besar sket nanti, senang la orang nak masuk meminang...
Layann...

Sunday, October 3, 2010

ahli keluarga arnab jimi

 Winnie (Doe)

 Snow (Buck) (dah bagi kat adik di Melaka)

 Belang (dah jual)

 Zorro (dah jual)

 Celak (dah jual)

 Niki (Buck)

 Kiki (Buck)

 Nini (doe) (dah jual)

Niki dan Nini posing baik punya

Bob (Buck)


Princess (Doe)


 White (Doe)