Saturday, May 21, 2011

Lagi kisah DNA `Y'

Ni la kisah DNA Y. Ibu ngan bapak diaorang ni  fuzzy lop. Tapi anak2 dia tak jatuh2 lagi telinga walaupun dah umur 2 bulan lebih. rasa2nyer DNA angora kuat lagi kut tu sbb telinga tal jadi lop. Patutlah otai2 breeder biasanyer pentingkan 3 gen pedigree utk pastikan DNA tak lari...Layan je la gambar2 ni... Nak jual pun tak de org nak beli lagi..hu..hu..



Saturday, May 14, 2011

kalau tak leh log in...

Kalau kawan2 tak leh log in.. di sini saya copy paste drp Blog Ozzy ( http://ozzy2u.blogspot.com ) utk sebarkan info yang amat berguna ni kpd rakan2 blogger yang lain.

Bagaimana nak tukar email login ke blog? Saya pernah buat tutor Cara Tukar Username Blogspot, jom kita buat sama²:
1. Create akaun gmail
Dah ada? Kalau dah ada baru kita mulakan kelas. Kalau belum, create akaun gmail dulu.
2. Sign in blog macam biasa ( guna email yahoo -contohnya ). Pergi Settings >Permissions > klik Add Authors > Masukkan email gmail > klik Invite.

3. Login akaun gmail > ada email jemputan > klik link untuk pengesahan . Ada notis ” To join this blog as an author, accept the invitation by signing in with your Google Account here”. Jangan takut, klik saja ‘here‘ dan kita dibawa memasuki dashboard blog tersebut.

4. Logout dari akaun gmail tersebut dan login pula menggunakan email yang mula² ( yahoo )

5. Pergi kat Settings > Permissions > ada nickname dan email yang baru kita add tadi sebagai author. Klik grant admin privileges.

6. Nickname lama dan email lama boleh di remove, Sekarang blog tersebut menggunakan akaun gmail sepenuhnya.

mudah dot mai ….. kan? Tak sampai 5 minit dah siap.

Kalau ada 3-4 blog lain , ulanglah langkah ini sehingga kesemua blog berkumpul di bawah satu username sahaja.
Cara Lain Untuk Berpindah Menggunakan Google Akaun klik blogger legacy claim
Maklumat di buzz blogger menyatakan :Sekiranya anda pernah login akaun blogger walaupun sekali sejak tahun 2007, notis ini boleh diabaikan.

makacih ozzy...

Joe Skandal selesai bertugas..


Joe Skandal dah selesai menjalankan tugas dengan jayanya... So, pagi ni kenalah pulangkan balik kat dia punya bos. Terimakasih banyaklah kepada bos Joe Skandal kerana memberi kebenaran Joe berskandal di arnabjimi.. Kita tunggu sebulan dari sekarang...he..he..


Timakacih Joe...

Monday, May 9, 2011

Joe Skandal the series...

 Joe sedang membuat senaman ringan bagi menambah tenaga..

 Joe selesai menjalani sessi `ice breaking' ngan white
White tertunduk malu melihat jejaka tampan...

Joe dengan muka macho setelah beramah mesra dengan Loli..
Loli tersipu-sipu... 
Bob dengan bangganyer berkata "timakacih pawa root..."

kalau ada masa kisah Joe Skandal akan disambung lagi.. Kalo mendapat sambutan mgkn jugak akan jadik kisah `Joe Skandal The Movie" .... he..he..

Sunday, May 8, 2011

Arnab utk di jual


 Buck lop ear
umur 5 bulan
harga RM250 (nego)


Doe
Anggora + Lop ear
umur 6 minggu (DOM 21.3.11)
harga : RM 80 (nego)

Buck
Angora + Lop ear
umur 6 minggu (DOB 21.3.11)
Harga: RM 80 (nego)

wajah baru arnabjimi rabitry

Inilah rupa rabitry baru arnabjimi. Penghuninya terpaksalah bersesak2 sikit sementara tuannya cari modal sikit lagi utk tambah lagi sangkar baru. Reban lama dah tak boleh digunakan lagi akibat karat dan dah nak roboh. Reban yang diperbuat daripada kayu dan dawai biasa tu cuma dapat bertahan selama setahun je.hu..hu.. Perkembangan terbaru ni juga akan menyebabkan beberapa ekor arnab akan di `letgo` kerana dah tak cukup tempat..