Sunday, February 13, 2011

Pencarian buck lop ear baru


Tak reti posing langsung...


baru belajar posing 


yang ni nampak ada gaya sikit

Setelah kematian Bob, terpaksalah mencari buck/jantan baru. jumpalah 3 ekor anak lop ear jantan ni yang berumur lebih kurang 2 bulan. tak tau lah dah besar nanti jadi macammana... kalau hensem aku simpan tapi kalau tak hensem aku jual .. ha..ha.. layan jer lah gambar 3 ekor nih...

Tuesday, February 1, 2011

Offer kawin kontrak

Kepada sesiapa disekitar Bangi/Putrajaya yang ada lop ear jantan yang sudi mengahwin kontrak kan arnabnya ngan  janda Bob dapatlah kiranya menghubungi saya. Terma dan syarat bolehlah dibincangkan. Dibawah ni adalah calon-calonnya:




Princess

White

Bob dalam kenangan

N3 kali ni lewat sikit sbb sibuk keje. Lagipun cerita sedih.. malas nak masuk cepat2... Ini lah ceritanya:

Bob kini hanya tinggal kenangan. Dia mati 3 minggu lalu tanpa diketahui sebab dan penyakitnya. Tapi rasa2nya cirit-birit  (tapi aku tak perasan la plak!!). Balik dari pejabat petang tu, tengok2 dah keras kejung dalam sangkar. Uhuk..uhuk.. Bob telah pergi meninggalkan 3 janda ..

Sekarang Arnab Jimi dah tak der pejantan. Semua tinggal betina jer.. tengoklah gambar terakhir Bob..

Nak jadikan cerita lebih tragis, seminggu lepas Bob mati girlfriendnya (arnab jiran dalam N3 sebelum ni) pula dijumpai mati...


Sunday, January 9, 2011

Tangkap cintan sampai tak balik rumah..

Ini arnab jiran aku ..Arnab ni memang tuannya lepaskan utk masa2 tertentu setiap hari.  Arnab ni dah memang dikenali di kawasan kejiranan ni.. Tapi gosip tersebar luas yang si arnab ni sedang hangat bercinta dengan Bob. Tapi hari ni bukan gosip lagi tetapi telah terbukti. Ramai yang telah melihat kemesraan mereka.he..he.. Kebetulan ari ni dapat tangkap gambar kemesraan mereka sebagai bukti. Pas ni nak hantar kat majalah mangga atau hai. mesti gossip ni `malatop'!! .. Kalau tak percaya lihatlah gambar2 candid dibawah ni. Arnab ni dah tergila2kan Bob sampai dah tak balik rumah sendiri dah. Kesian tengok dia, maka aku kawinkan mereka berdua.. he..he..Kalau pejabat agama tau mesti aku kena tangkap dan kena tuduh sebagai jurunikah tak bertauliah/palsu.hu..hu.. Korang ingat manusia je tangkap cintan sampai tak ingat nak balik umah.. Ni hah... !! arnab pun sama maa..!!. Layan....

Muka kesian...
Muka monyok je tak dapat jumpa Bob

Melayan perasaan....

cinta yang terhalang ..
Bob pun sama jugak.. sudah tangkap cintan..

kesian tengok depa berdua ni kan...hu..hu..




Wednesday, December 29, 2010

Anak-anak white dah 1 bulan

Inilah gambar-gambar terkini anak-anak white yang dah berusia 1 bulan. Sangat sihat, tembam dan lincah.  Layan je lah gambar-gambar kar bawah ni..




Thursday, December 9, 2010

Anak White dah 16 hari

Anak-anak white dah berumur 16 hari hari ni. Setakat ni nampaknye sihat dan aktif dan dah mula makan compress alfalfa. Gambar-gambar ini diambil ketika genap 11 hari umur anak-anak White.  Pandai White jaga anak2 dia. Setakat ni dah 3 kali beranak semuanya menjadi. Dari segi warna plak cuma sekor je yang ikut Bob, yang lain tu mungkin ikut datuknya atau bapa saudara kepada bapaknya atau ikut warna ibu kepada ibunya. he..he..he.. Tengoklah anak-anak White dan Bob yang comel-comel ni.. Nanti kalau dah besar sikit, saya postkan lagi gambar mereka.


 tengah sedap tidur..

dah jaga dah...
Bila dah jaga mulalah mintak susu..

Wednesday, November 24, 2010

Kelahiran bulan November

Alhamdulillah, setelah 2 bulan arnabjimi tiada kelahiran anak arnab, pada pagi 23 November 2010 white telah  melahirkan 6 ekor anak. Nasib baiklah malam sebelumnya tersedar white ni gelisah jer sampai gigit jaring sangkarnya. Apalagi, terus letak bekas plastik dan kain buruk. Diharap anak-anak white ni membesar dengan sihat dan jadi hensem macam bapanya, Bob.Inilah gambar anak-anak white semasa berumur 1 hari.