Monday, April 18, 2011

Anak2 anak Kiki dan White umur 3 minggu


Ni gambar anak2 Kiki dan  White umur 3 minggu, sihat dan lincah. Anak2 White ni muka bulat bulu gebu, cuma tak jatuh lagi telinganyer..harap2 nanti jatuhlah telinganyer...Yg putih kat tengah tu plak anak kiki. Telinga dah jatuh (lop) mata warna biru, cantek woo.. Tunggu umur diorang ni 8 minggu baru nak di faraidkan ngan En. Zaini dan Shah Arnabkus.

Anak-anak White



Ini plak anak2 White, setelah dikahwin kontrakkan dengan arnab hensem en. Zaini bangi (makacih banyak en. Zaini). Anak2 white ni lahir selepas anak2 Kiki lahir (pada tarikh yang sama). itu pun setelah di `induce ' dengan ubat cirit sebab dah overdue 4 hari (ikut kiraan kalendar kuda...he..he..). tengok la tu punyer le besar anak2 dia.

anak-anak Kiki



Anak Kiki ni hasil perkahwinan dengan arnab Shah Arnabkus. lahir 4 ekor pada 21.3.11 yang lalu, tapi sekor mati, tinggallah 3 ekor nih.. Malangnyer sekor tu plak kena `kenan penyu'... kaki belakang terkangkang jer.. hu..hu..jalan pun macam penyu jer..